Pengedar Bebas Shaklee khusus dalam penyusuan ibu, cara banyakkan susu ibu, tips ibu mengandung, cara pemakanan sihat, kesuburan wanita, produk kecantikan, produk berpantang dan tips eksklusif untuk menguruskan badan.Hubungi Tel/sms/whatsapp/wechat : 017- 759 8446 (Zila Yunus)
Haid tidak teratur ? Apakah faktor-faktor dan punca-puncanya....
Assalamualaikum dan salam Aidilfitri semua....hari yang ke 23 syawal...masih dalam mood raya kita...hehehe.Promosi GLA complex shaklee juga masih berlangsung , dengan pembelian 6 botol GLA , anda akan dapat free sebotol lagi...best kan...cakap pasal GLA , banyak rahsia GLA complex shaklee ni tau....tau kan....mesti la tau, sebab anda yang dah cuba mesti cakap terbaekk, power , super power....hahaha...tu yang customer saya selalu cakap la kan....hari ni nak cerita sikit pasal haid tidak teratur , harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalaminya :)
Kolesterol tinggi dalam darah -wajib baca -
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kolesterol tinggi dalam darah dan bagaimana cara cara untuk mengetahui yang anda mengalami gejala kolesterol tinggi dalam darah. Penyakit ini boleh di kesan melalui ujian darah kita. Caranya ialah anda perlu pergi berjumpa doktor untuk mengetahui adakah anda menghidap penyakit ini ataupun tidak.
Apabila kolesterol tidak dapat di kawal , akhirnya ia akan menjadi plak di dinding arteri manusia. Jika tidak di rawat ia boleh mengancam nyawa dan berlaku pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Rahsia Asma' 42~Al-Jalil
MAHA LUHUR
Al - Jalil , memiliki segala kebesaran. Kehormatan yang tertinggi
1. Wanita hamil
Jika anda hamil, baca Ya Jalil 21 kali sehari agar anda dan bayi yang kandung sihat walafiat.InshaaAllah anda tidak akan mengalami masalah besar.
2.
Lebih di hormati dan memperolehi kedudukan yang lebih tinggi
Baca Ya Jalil 73 kali, di awal pagi ( 2.30 pagi) , InshaaAllah dengan Kebesaran dan sifat PemurahNYA , Allah s.w.t akan mengangkat darjat atau kedudukan anda dengan serta merta.
Semoga bermanfaat dan semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa istiqamah dengan tujuan mencari keredhaan Allah.
" Jagalah ALLAH , ALLAH pasti menjagamu "
Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher
Setiap kali kita sebut penyakit tiroid, kita selalu menggambarkan keadaan pesakit tiroid itu ada bengkak di lehernya dan bertubuh yang kurus.Tetapi, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri ciri bengkak di leher.
Paling ketara ialah pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.
Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus di bedah.Hipertiroid da hipotirod ialah penyakit yang paling kerap dialami , terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.
Apakah hipertiroid?
Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif di kenali sebagai hipertiroid Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiriod.Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.
Apakah simptom hipertiroid?
- selera makan semakin bertambah
- berat badan mula menurun
- Kerap membuang air besar
- mudah marah
- menggeletar jari tangan
- berdebar debar
- terasa panas
- sering berpeluh
- mata terjojol
- penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
- kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis
- lumpuh kaki, terutama di kakangan lelaki
Ikan Baik Untuk Jantung
MASALAH berlebihan kolesterol atau hypercholesterolemia menjadi suatu isu kesihatan di zaman moden ini. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk mengurangkan paras kolesterol darah. Tetapi ironinya masalah ini masih lagi membelenggu masyarakat kita dan statistik kematian akibat serangan jantung terus meningkat dari tahun ke tahun.Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan ‘asid lemak trans’ dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.
Hakikatnya jika makan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol. Terdapat banyak kajian sains dilaporkan dalam jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.
Makanan laut adalah makanan yang baik dalam Islam dan sangat istimewa kerana semua makanan laut adalah halal, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, Rasulullah bersabda mengenai laut: “Airnya menyucikan dan halal bangkainya.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasa’ie, Ibnu Majah dan Abu Dawud) Jelas di sini terbukti bagaimana benarnya sabda Nabi yang mempunyai rahsia dan hikmah yang akhirnya terbukti secara saintifik.
Sembelit
Sembelit adalah satu gejala di mana seseorang sukar
untuk membuang air besar disebabkan najis terlalu keras dan anda akan mengalami
kesakitan di bahagian sulit ketika membuang.
Sebab-sebab Berlakunya Sembelit:
a) Kurangnya minum air
b) Kurang pengambilat serat
c) Selalu menahan diri dari membuang air besar
d) Kurang bersenam atau pergerakan akibat
kemalangan,
selepas bersalin dan sebagainya
e) Sembelit disebabkan perubahan hormon
terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika
mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Bukan itu
sahaja, janin yang menekan bahagian usus juga akan menyebabkan sembelit
f) Otot-otot perut dan usus menjadi semakin
lemah disebabkan peningkatan usia
Subscribe to:
Posts (Atom)



