Boleh ke tak saya menyusukan anak angkat saya....


Ramai yang terkejut apabila diberitahu, ibu yang tidak mengandung boleh menyusukan anak. Kebanyakan mereka menyangka hanya ibu mengandung sahaja dapat menghasilkan susu. Ternyata pandangan ini sama sekali salah.
Bagaimana seorang ibu angkat boleh menjadi ibu susuan? Kunci utama untuk menjayakan matlamat ini adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu.
Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Diketahui juga kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu walaupun seorang wanita itu tidak lagi mempunyai rahim atau tidak mengandung secara tabii, dia masih boleh menghasilkan susu. Persoalannya sekarang bagaimana hendak menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dipancutkan?
Terdapat 2 kaedah
1)  melalui pengambilan ubat yang dapat merangsang penghasilan hormon ini dan yang kedua ialah dengan menstimulasi puting ibu, yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Kebiasaannya penggunaan kaedah pertama sahaja jarang sekali membuahkan hasil,
2)berhasil terutama bagi ibu yang pernah menyusukan anak sebelumnya. Kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.


Ramai ibu-ibu angkat yang bertanya, bila dan bagaimana hendak memulakan stimulasi. Kebiasaannya, ibu dan bapa angkat dinasihatkan untuk melalui proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat.
Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan ibu bapa ini dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menerima tanggungjawab yang besar. Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang mereka ingin lalui ini bukanlah sesuatu yang tabii tetapi proses adaptasi. Mereka juga perlu tahu mengapa mereka ingin dan perlu menyusukan bayi tersebut dengan susu ibu. Mereka perlu tahu apakah cabaran-cabaran yang perlu dilalui sebelum dan selepas pengambilan anak angkat.

Jika ibu dan bapa angkat ini sudah bersedia dari segi mentalnya barulah langkah seterusnya dapat dilakukan dengan mudah iaitu persediaan fizikal. Persediaan fizikal termasuklah memulakan stimulasi dengan kaedah yang betul seawal dua atau tiga minggu sebelum menerima anak angkat tersebut. Ibu dan bapa angkat ini juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi kecil ini termasuk perbelanjaan rawatan penghasilan susu ini. Dengan lain perkataan ibu dan bapa angkat juga harus melalui proses persediaan menyambut kelahiran bayi sama seperti ibu bapa yang melahirkan secara tabii.
Penyusuan anak angkat memang bukan sesuatu yang mudah, pun begitu ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Pokok pangkalnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.


Malahan salah seorang artis tempatan iaitu Rebecca Nur Al Islam telah berjaya menyusukan anak angkatnya, Nor Adam Daniel selama lebih 3 bulan...hebatkan...jom baca kisah mengenainya:-

Rebecca Nur Al Islam yang baru beberapa bulan mengambil anak angkat, kini membuat keputusan yang jarang dilakukan oleh seoarang ibu muda yang belum pernah berkahwin. Keputusan untuk membuat rawatan mengeluarkan susu badan demi anak angkatnya yang diberi nama Nor Adam Daniel, sanggup dilakukan demi kasih sayang kepada anak angkatnya yang telah dianggap seperti anak kandungnya sendiri. 



 
Rebecca yang melakukan Rawatan mengeluarkan susu badan di hospital swasta dengan cara suntikan mengeluarkan susu tidak mengalami sebarang kompilasi atau masalah cuma merasa bengkak dibahagian buah dadanya sahaja. Tetapi selepas tiga bulan menyusukan Adam, masaalah pembengkakan itu semakin hilang. Sejak Rebecca Nur Al Islam menyusukan Adam, naluri keibuannya semakin membara sehingga menganggap Adam seperti anak kandungnya sendiri…

Info:My Gosip.com


Sungguhpun begitu, sekiranya anda benar2 bertekad, sebenarnya ada jalan yang lebih selamat untuk mengeluarkan susu badan...Cuba anda baca kisah ini pula...

Selepas 6 tahun menunggu tetapi masih belum ada rezeki melahirkan anak, maka beliau dan suami bernekad nak ambil anak angkat. Hebatnya wanita ini, beliau mempunyai jiwa keibuan yang sangat kuat. Beliau berniat hendak menyusukan anak angkatnya.

Beliau meminta konsulatasi dari saya dan vitamin yang bagus untuk membanyakkan susu. Saya terangkan konsep asas penyusuan agar beliau tidak salah faham. Saya terangkan seperti selalu yang kongsikan, vitamin tak banyakkan susu cuma ia bantu ibu sihat dan bertenaga dan mempercepatkan penghasilan susu dengan lebih baik apabila si ibu kerap memerah.
tu
Dalam kita usaha, jangan lupa mengharap pada kasih Al Khaliq kerana DIA sebaik-baik pemberi. Saya mengingatkan beliau agar terus berdoa dn berzikir pada ALLAH.

Alhamdulillah selepas 3 minggu lebih, susunya dah mula menitik dan menampakkan hasil. Ini dinamakan induce lactation. Beliau amalkan vitamin lengkap untuk penyusuan.

Hebatnya jiwa wanita ini kan.. Beliau berusaha nak menyusukan anak walau anak angkat.

Hakikatnya duit boleh kita cari....tapi kepuasan adalah yang paling hebat.

Maka, jika anda adalah seorang ibu yang pernah melahirkan dan mahu menyambung semula penyusuan atau nama lain proses relaktasi, saya mengalu-alukannya. 


 Bagaimana Produk Shaklee boleh membantu anda dalam penghasilan susu untuk anak angkat anda....

So, anda ingin mencuba vitamin yang lebih selamat dan semulajadi.Ianya lengkap untuk proses penyusuan tetapi harus di ingat, pengambilan supplement haruslah seiring dengan amalan pengepaman dan direct feeding malahan pengambilan air yang mencukupi turut menjadi aspek penting dalam menjayakan penyusuan.

Pengambilan supplement bagi menjaga kesihatan ibu sepanjang proses juga sangat digalakkan kerana induce laktasi bukanlah semudah ABC tetapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Supplement seperti Pakej  3M adalah yang terbaik dan Insya Allah dapat memudahkan lagi usaha murni seorang ibu angkat.


Credit to : my little princess sunshine

-b complex
-vitalea(multivitamin)
-vitamin c
-alfalfa
-energizing soy protein
-ostematrix(kalsium)




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


1 comment:

  1. hai..menarik perkongsiannya..sambil tu jika mak mak ade nak pasang penapis air ke /penapis udara di rumah..utk mudahkan wat susu anak...air tekan aje kan..bole pm la sy puan sue..sy agen cuckoo kl dan uruskan pemasangan ke seluruh malaysia..sabah srwak pun ade order melalui sy..sy uruskan order melalui onlinee jer...

    wsp 011-16930576 (kingtop tu baru 69rm sebulan..air 3 suhu..)dan ade freegift menarik sy nk hadiahkan.wsp ajer ya..tq

    ReplyDelete