Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Set Berpantang Shaklee



Kelebihan set berpantang shaklee
=====================
- Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin
- Boleh terus diambil walaupun anak ade jaundice (kuning)
- Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun czer
- Dapat membantu ibu mengurangkan stress
- Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin
- Dapat membantu ibu menyelesaikan masalah sembelit

Apa kepentingan mengambl vitamin-vitamin ini?
=============================================
1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

* B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini ......juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.

2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
* Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini, akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C
* Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.

4) Zink
* Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.


ZILA YUNUS | 017-759 8446
Rahsia Ibu Dan Anak Shaklee

Set Kesuburan Shaklee

Set kesuburan Shaklee


Sebenarnya, masalah kesuburan sering dikatakan berpunca daripada pihak wanita di Malaysia. Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan 30-40% lelaki yang menghadapi masalah kesuburan begitu juga dengan wanita. Oleh itu, janganlah ditudingkan jari kepada si isteri sahaja apabila masih belum dikurniakan anak setelah hampir setahun berkahwin. Suami isteri perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah tersebut.

Antara punca masalah kesuburan bagi lelaki :
  1. Kuantiti sperma yang sedikit dalam semen. 20juta sperma per mililiter adalah jumlah normal bagi lelaki.
  2. Sperma yang tidak sihat dan cergas yang menyebabkan sperma tidak dapat bergerak pada kelajuan yang sepatutnya.
  3. Mencapai ejakulasi lebih awal (premature ejaculation) menyebabkan air mani dipancutkan lebih awal
 Antara punca masalah kesuburan bagi perempuan:
  1. Kitar period yang tidak teratur (irregular period) menyebabkan kesukaran untuk menentukan waktu subur.
  2. Masalah senggugut yang teruk. Sila rujuk kepada doctor jika anda sering mengalaminya
  3. Terdapat fibroid atau cyst di dalam rahim
  4. Kualiti telur yang rendah serta masalah dinding rahim yang lemah bagi membolehkan telur yang telah bersenyawa melekat.

SET PROGRAM MINDA


 Pengorbanan Dan Pelaburan Untuk Anak Anda

SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya. Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.