Sembelit adalah satu gejala di mana seseorang sukar
untuk membuang air besar disebabkan najis terlalu keras dan anda akan mengalami
kesakitan di bahagian sulit ketika membuang.
Sebab-sebab Berlakunya Sembelit:
a) Kurangnya minum air
b) Kurang pengambilat serat
c) Selalu menahan diri dari membuang air besar
d) Kurang bersenam atau pergerakan akibat
kemalangan,
selepas bersalin dan sebagainya
e) Sembelit disebabkan perubahan hormon
terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika
mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit. Bukan itu
sahaja, janin yang menekan bahagian usus juga akan menyebabkan sembelit
f) Otot-otot perut dan usus menjadi semakin
lemah disebabkan peningkatan usia