Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts
Showing posts with label Cinch Shake. Show all posts

Masalah kegemukan dan Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

 

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

 Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa.