Apakah itu ANEMIA ?
Apakah itu ANEMIA ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Hari ni saya nak sharing pasal ANEMIA. Apa itu ANEMIA kan...kalau tanya mak mak kita tentu dia tak faham....tapi bila kita terangkan....dia akan kata...ohh mak selalu kena macam tu , pening , rasa nak muntah , loya , macam nak pitam....kalau rasa macam tu memang tak boleh buat kerja apa...memang nak baring jek...ada kann...tapi adakah itu sebenarnya dinamakan ANEMIA ? :)
ANEMIA merujuk kepada satu keadaan dimana kadar hemoglobin (hb) kurang dari normal. Anemia tak sama low blood pressure ( kadar tekanan darah rendah).
Hb adalah salah satu daripada komponen darah atau lebih tepat lagi , Hb adalah protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah. Ia harus ada untuk memastikan pengoksigenan yang cukup bagi semua tisu dan organ. Jadi, jika kadar Hb adalah kurang , ia sekaligus mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu dan kita pun tahu , yang semua sel manusia bergantung pada oksigen untu2k hidup. Jadi , masalah ANEMIA akan menimbulkan pelbagai masalah badan.
APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM ANEMIA ?
Pucat pada bibir dan keliling mulut , kuku , pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata
tidak bermaya , letih dan lemah badan
pendek nafas apabila melakukan senaman
pening , pitam di sebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak
mental bercelaru yang di sebabkan oleh kurangnya vitamin B12
Semua ini adalah tanda-tanda biasa anda menghidap ANEMIA.Namun begitu , untuk memastikan dengan lebih pasti lagi , anda perlu melalui ujian darah.
Salah satu punca ANEMIA adalah kekurangan nutrisi atau kekurangan zat besi , asid folik , B12 untuk menghasilkan sel darah merah.
Punca-punca ANEMIA yang lain adalah seperti kehilangan darah yang banyak akibat accident , tumpah darah dan sebagainya.
Bagaimana supplement shaklee boleh membantu ? :)
1) Vitalea Iron Formula - mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi.
2) B.complex ( lengkap dengan asid folik) - vitamin B12 mencegah ANEMIA , manakala B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.
3) Vitamin C 500mg Sustained Release - Vitamin C membantu tubuh untuk menyerap zat besi dengan lebih efisien.
No comments:
Post a Comment