Pengedar Bebas Shaklee khusus dalam penyusuan ibu, cara banyakkan susu ibu, tips ibu mengandung, cara pemakanan sihat, kesuburan wanita, produk kecantikan, produk berpantang dan tips eksklusif untuk menguruskan badan.Hubungi Tel/sms/whatsapp/wechat : 017- 759 8446 (Zila Yunus)
Atasi sakit pinggang dan belakang dengan Ostematrix (Kalsium) Shaklee
Atasi sakit pinggang dan belakang dengan Ostematrix (Kalsium)
Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnya. Khususnya wanita, yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi.
Kehamilan, lalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakangpada wanita. Demi mengurangkan risiko sakit punggung yang menyeksa, lakukan sajaempat langkah berikut yang dilaporkan dari Health.com
Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda, melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beganda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk itu akan kurangkankandungan beg, bawalah barang yang anda benar-benar penting. Bawa juga tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.
Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesa, namun ini juga tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tiduri,tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampumenyokong tubuh secara stabil saat tidur.
Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari kecederaan.Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaringtelentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Lalu, secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.
Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun,para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K.
Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat, maka tubuh semakin fit dan risikomengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.
Subscribe to:
Posts (Atom)