Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher


Setiap kali kita sebut penyakit tiroid, kita selalu menggambarkan keadaan pesakit tiroid itu ada bengkak di lehernya dan bertubuh yang kurus.Tetapi, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri ciri bengkak di leher.

Paling ketara ialah pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus di bedah.Hipertiroid da hipotirod ialah penyakit yang paling kerap dialami , terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Apakah hipertiroid?


Kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif di kenali sebagai hipertiroid Hipertiroid selalunya berpunca daripada penyakit auto imun. Badan manusia menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiriod.Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan hormon tiroksin yang terlalu banyak.


Apakah simptom hipertiroid?

  • selera makan semakin bertambah
  • berat badan mula menurun
  •  Kerap membuang air besar
  •  mudah marah
  • menggeletar jari tangan
  • berdebar debar 
  • terasa panas
  • sering berpeluh
  • mata terjojol 
  • penglihatan terjejas kerana saraf mata tertekan
  • kelainan pada jari tangan dan kulit pada depan betis
  • lumpuh kaki, terutama di kakangan lelaki