Masalah keputihan


Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal (penyakit).

Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang seseorang wanita itu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.