Stress atau tekanan sering berlaku terjadi pada diri kita sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar.
Banyak perkara disekeliling kita yang boleh menyebabkan tekanan seperti tekanan kerja, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan juga masalah berat badan serta pelbagai masalah lagi.
Walau bagamanapun, kita terpaksa hadapinya dan tidak dapat lari dari segala macam masalah selagi kita hidup di dunia ini.
Benar , cara untuk meredakan tekanan adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah dan menganggap segala masalah yang dihadapi adalah dugaan dari-Nya, tetapi untuk membantu badan agar tidak terbeban dengan stress, kita juga perlu mengambil makanan yang dapat membantu merehatkan badan kerana tekanan juga adalah penyebab penyakit DARAH TINGGI.