Ramai yang terkejut apabila diberitahu, ibu yang tidak mengandung boleh menyusukan anak. Kebanyakan mereka menyangka hanya ibu mengandung sahaja dapat menghasilkan susu. Ternyata pandangan ini sama sekali salah.
Bagaimana seorang ibu angkat boleh menjadi ibu susuan? Kunci utama untuk menjayakan matlamat ini adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu.
Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibu. Diketahui juga kedua-dua hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pitituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu walaupun seorang wanita itu tidak lagi mempunyai rahim atau tidak mengandung secara tabii, dia masih boleh menghasilkan susu. Persoalannya sekarang bagaimana hendak menstimulasi perembesan hormon-hormon ini agar susu dapat dihasilkan dan dipancutkan?
Terdapat 2 kaedah
1) melalui pengambilan ubat yang dapat merangsang penghasilan hormon ini dan yang kedua ialah dengan menstimulasi puting ibu, yang secara tabiinya akan merangsang perembesan hormon. Kebiasaannya penggunaan kaedah pertama sahaja jarang sekali membuahkan hasil,

2)berhasil terutama bagi ibu yang pernah menyusukan anak sebelumnya. Kaedah yang terbaik adalah gabungan kedua-dua kaedah yang disebutkan di atas.