Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal (penyakit).
Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang seseorang wanita itu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Simptom KEPUTIHAN ABNORMAL
# Simptom 1
~ Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
~ Penyebabnya ialah kulat Candida sp
~ Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
# Simptom 2
~ Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
~ Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
~ Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin
# Simptom 3
~ Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
~ Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
Keadaan yang menyebabkan berlaku KEPUTIHAN
1) Pada masa yang subur
Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya
lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2) Ketika hamil
Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting
untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan
peregangan ketika waktu untuk melahirkan.
3) Saat terangsang
Lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan
yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan
seksual.
4) Berat badan yang berlebihan
Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan
kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.
5) Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi.
Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar
tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh
bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan
menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.
Selain itu, dianjurkan untuk selalu menjaga kebersihan daerah intim sebagai tindakan pencegahan sekaligus mencegah berulangnya keputihan iaitu dengan :
1. Pola hidup sihat iaitu diet yang seimbang, olah raga rutin, istirehat cukup, hindari rokok dan alkohol serta hindari stress berpanjangan.
2. Setia kepada pasangan. Hindari penggunaan kondom untuk mencegah penularan penyakit seksual.
3. Selalu menjaga kebersihan daerah peribadi dengan menjaganya agar tetap kering dan tidak lembab misalnya dengan menggunakan pakaian dalam dengan bahan yang menyerap peluh, hindari pemakaian pakaian dalaman terlalu ketat. Biasakan untuk mengganti pembalut, pantyliner pada waktunya untuk mencegah bakteria berkembang biak.
4. Biasakan membasuh dengan cara yang betul tiap kali buang air iaitu dari arah depan ke belakang.
5. Penggunaan cairan pembersih vagina sebaiknya tidak berlebihan kerana dapat mematikan flora normal vagina. Jika perlu, lakukan konsultasiidahulu sebelum menggunakan cairan pembersih vagina.
6. Hindari penggunaan bedak talkum, tisu atau sabun dengan pewangi pada daerah vagina kerana dapat menyebabkan iritasi.
7. Gunakan rebusan daun sirih dan cengkeh untuk mencuci alat sulit.
8.Selain itu pengambilan supplement seperti ALFALFA COMPLEX SHKALEE sangat sangat bagus kerana telah terbukti kehebatan nya.
Berikut adalah testimoni pengguna Alfalfa yang mengalami masalah keputihan.
No comments:
Post a Comment