Masalah kegemukan dan Obesiti

Pada hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya.

Pengaruh Barat yang dipaparkan melalui iklan-iklan dan pertunjukan-pertunjukan fesyen bahawa mereka yang bertubuh kurus dianggap cantik dan sempurna menyebabkan ramai di antara kita berusaha untuk mendapatkan berat badan yang sedemikian.

Selain kesedaran berhubung kesan obesiti pada status kesihatan dan perkembangan psikososial seseorang, berat badan berlebihan sering dikonotasikan dengan gambaran negatif. Namun, rata-rata mereka yang berusaha mendapatkan berat badan idaman dan mengekalkannya sering menemui jalan buntu.

 

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

 Pada peringkat awal, cuba kurangkan berat badan sebanyak 10 peratus dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. Tambahnya, mereka yang menghadapi masalah obesiti juga tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan program-program menguruskan badan yang banyak digembar- gemburkan di media massa.

 

Terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.

Diet
1.   Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
 
2.   Elakkan menggunakan susu pekat manis.
 
3.   Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
 
4.   Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
 
5.   Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
 
6.   Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
 
7.   Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
 
8.   Senaman:
 
o   Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
 
o   Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
 
o   Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

9.   Ubat-ubatan - Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan.
 

Punca Obesiti ialah :-

Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:
 

1.   Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
 

2.   Kurang melakukan senaman.
 

3.   Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
 

4.   Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.
 

5.   Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
 

6.   Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.
 

7.   Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.



 

Implikasinya :-

Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:
•   Penyakit hipertensi
 
•   Penyakit jantung koronari
 
•   Diabetes Mellitus
 
•   Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain
 
•   Gout dan sakit sendi (osteoartritis)
 
•   Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome
 
•   Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
 
•   Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.
 
•   Risiko psikososial:
Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.

 

Penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.


Memang ada sesetengah program diet di pasaran yang boleh menurunkan berat badan dengan cepat atau dengan kehilangan berkilo-kilo banyaknya. Tapi selalu jugak berlaku, berat badan naik kembali selepas satu-satu tempoh.  Kita gagal melepasi tahap pembakaran lemak yang sihat. Macam mana tu?



  1. Bila berdiet, kalori badan dikurangkan

  2. Sistem badan akan dapat signal 'kebuluran'

  3. Sebagai tindak balas pada signal tu, badan akan set mod 'survival'

  4. Dalam mod 'survival', tenaga dijimatkan dengan melambatkan proses metabolisma badan

  5. Badan akan cuba mengekalkan lemak yang ada selagi boleh. 

  6. Oleh kerana badan perlukan tenaga, bukan sahaja lemak dibakar. Otot juga dibakar. 

  7. Bila otot terbakar tanpa dibina semula, kadar metabolisma akan bertambah lambat.

  8. Pada masa ini lah kita biasanya boleh gagal kerana badan akan berasa letih, lapar dan teringin nak makan macam-macam

  9. Jika kita kembali pada tabiat pemakanan lama, berat badan akan bertambah semula. Lebih mengecewakan, berat bertambah disebabkan tambahan lemak, bukan otot.

Kelebihan program pengurusan berat badan (slimming) Shaklee

Program Kurus @ Set Slimming (weight management) Shaklee adalah istimewa dan unik kerana :

  • ~ dibuat untuk memecah kitaran (break cycle) diet biasa

  • ~ membakar lemak yang tak diperlukan (berlebihan)

  • ~ diformulasi dengan Leucine - asid amino yang membantu mengekalkan otot ketika proses pembakaran lemak. Apabila otot dikekalkan, kadar metabolisma tidak menurun - proses pembakaran lemak lebih berkesan

  • ~ Tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna tiruan atau pengawet

  • ~ Dijamin 100% semulajadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan unsur sintetik

  • ~ Telah diiuji secara klinikal 

 Secara asasnya, set slimming untuk program pengurusan badan terdiri dari :

  1. Cinch Shake Mix : didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafĂ© latte. Protein soya membantu rasa kenyang serta mengandungi Leucine™ untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan. 

  2. Cinch® Energy Tea Mix : gabungan teh putih, merah dan hijau yang enak dan sesuai menggantikan minuman harian yang berkafein, kendungan gula tinggi atau berkarbonat. Cara selamat untuk meningkatkan tenaga 'energy booster' semasa proses penurunan berat badan. 

  3. Lecithin : diekstrak soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.

  4. Herblax : kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Bahan serat (fiber) penting untuk membantu pengeluaran  lemak yang telah dipecahkan.

Selain di atas, program slimming Shaklee juga ada beberapa pilihan bersesuaian dengan bajet dan keadaan anda. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.. :D


No comments:

Post a Comment